ETS (Electric Train Services)

DSC00016

ETS ialah sebuah perkhidmatan keretapi terbaru daripada KTMB. Commercial run yang pertama dibuat pada 12 Ogos 2010, setelah beberapa kali penangguhan. Buat masa sekarang, ETS hanya menyediakan perkhidmatan sepanjang laluan Ipoh ke Seremban.

ETS diwujudkan atas tujuan menyediakan perkhidmatan yang memiliki keseimbangan dari segi kepantasan, keselamatan dan ciri-ciri mesra alam untuk perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur dan seterusnya Seremban.

Maklumat korporat

ETS diuruskan oleh anak syarikat baru KTMB, ET Sdn. Bhd. Menurut pengerusi KTMB, Dr. Aminuddin Adnan, penubuhan ET sebagai anak syarikat KTMB dapat mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, budaya kerja dan disiplin yang lebih cemerlang serta menjadi model ikutan kepada KTMB itu sendiri.

* Nota: Untuk visi (vision) dan misi (mission), LANDASAN masih belum menterjemahkannya untuk tatapan anda. Buat masa sekarang, hanya versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan.

Vision

Work as partners to make ETS a dominant player in transportation industry by redefining values in commuting.

Mission

ETS will always engage our partners in all the workings and planning of the company to achieve the maximum contribution from the partners.

We will at all times keep the customer confidence by working at the top of our personal and professional performance levels.

We will do our absolute best to provide each and every customer with only the highest integrity, trust, love, teamwork, fun and energy, smile and innovation in providing the best customer service and timeliness on every trip “ABSOLUTELY”.

 

Spesifikasi tren

  • Buatan Korea Selatan, mengggunakan teknologi Jepun
  • Berharga RM 48 juta seunit
  • Kapasiti 350 penumpang
  • Hanya 115 minit dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Kereta api shuttle buat masa sekarang memerlukan 175 minit.
  • Menyediakan perkhidmatan pramugari
  • 5 set tren sampai ke Malaysia pada Februari 2010
  • Laluan akan dipanjangkan sehingga ke Sungai Gadut pada tahun 2012 (laluan dijangka siap) dan Butterworth pada tahun 2013 (laluan dijangka siap)
  • Kelajuan maksima 160 km/j, kelajuan tipikal 140 km/j
  • Kumpulan sasaran utama ialah golongan profesional dan ahli perniagaan
  • KTMB berhasrat menyediakan perkhidmatan Wi-Fi dalam tren dan cadangan tersebut masih lagi dalam tahap rundingan.

Laluan ETS

Terdapat tiga laluan ETS, iaitu Ekspres Ipoh-KL Sentral, Ekspres Ipoh-Seremban dan juga Transit Ipoh-Seremban.

Eskpres Ipoh-KL Sentral

  1. Ipoh
  2. Batu Gajah
  3. Kampar
  4. KL Sentral

Eskpres Ipoh-Seremban

  1. Ipoh
  2. Batu Gajah
  3. Kampar
  4. KL Sentral
  5. Bandar Tasik Selatan
  6. Nilai
  7. Seremban

Transit Ipoh-Seremban

  1. Ipoh
  2. Batu Gajah
  3. Kampar
  4. Tapah Road
  5. Sungkai
  6. Slim River
  7. Behrang
  8. Tanjung Malim
  9. Rawang
  10. Kuala Lumpur
  11. KL Sentral
  12. Bandar Tasik Selatan
  13. Serdang
  14. Kajang
  15. UKM
  16. Bangi
  17. Nilai
  18. Seremban

Kemudahan yang terdapat dalam ETS

Berikut ialah beberapa kemudahan yang terdapat dalam ETS.

  1. Soket kuasa (untuk penggunaan pengecas telefon bimbit, komputer riba, dan sebagainya
  2. Kafetaria
  3. Tandas
  4. Pemantauan setiap gerabak melalui CCTV sepanjang masa
  5. LED TV
  6. Kemudahan meletakkan bagasi
  7. Tren yang mesra OKU

Nota pengarang

Revisi: 1

  1. Berita Harian – sumber maklumat korporat
  2. Kosmo – sumber spesifikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>