style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

KL Monorail

Stesen KL Monorail MR1 - KL Sentral

KL Monorail ialah perkhidmatan monorel dengan laluan di sekitar segi tiga emas Kuala Lumpur, Malaysia. KL Monorail dikendalikan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana). Perkhidmatan ini ialah satu-satunya pengangkutan monorel di Malaysia.

Maklumat asas

  • Bilangan stesen: 11
  • Panjang laluan: 8.6 km
  • Kawasan perkhidmatan: Brickfields, Bukit Bintang, Chow Kit, Titiwangsa
  • Pemandu: Seorang (satu hujung cab pada setiap masa)
  • Kelajuan tipikal: 60 km/h
  • Pintu: Automatik
  • Operator: RapidKL
  • Pemilik: Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB)

Sejarah

KL Monorail mula beroperasi pada 31 Ogos 2003. Kesemua 11 stesen yang beroperasi ketika pelancarannya masih beroperasi hingga ke hari ini. KL StarRail Sdn Bhd pernah menjadi operator untuk laluan monorel ini.

Pada 28 November 2007, Prasarana Malaysia telah menandatangani perjanjian jual beli dengan KL Monorail Systems, menyebabkannya menjadi operator KL Monorail dan juga menanggung hutang sebanyak RM 882 juta daripada Bank Pembangunan Malaysia (BPM).

Jadual Perjalanan KL Monorail

Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan KL Monorail, anda boleh menekan mana-mana butang stesen seperti di bawah. Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (RapidKL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.

Stesen KL Monorail

KL Monorail mempunyai 11 stesen sepanjang laluannya.

KL Monorail MR1 – KL SentralKL Monorail MR2 – Tun SambanthanKL Monorail MR3 – MaharajalelaKL Monorail MR4 – Hang TuahKL Monorail MR5 – ImbiKL Monorail MR6 – Bukit BintangKL Monorail MR7 – Raja ChulanKL Monorail MR8 – Bukit NanasKL Monorail MR9 – Medan TuankuKL Monorail MR10 – Chow KitKL Monorail MR11 – Titiwangsa

Struktur tambang

Tambang untuk KL Monorail boleh dibeli melalui tiket di kaunter dan juga penggunaan kad Touch ‘N Go.

Berikut ialah tambang dari/ke KL Sentral.

Dari/ke KL Sentral:

  • RM 1.20 – Tun Sambanthan
  • RM 1.60 – Maharajalela
  • RM 1.60 – Hang Tuah
  • RM 1.60 – Imbi
  • RM 2.10 – Bukit Bintang
  • RM 2.10 – Raja Chulan
  • RM 2.10 – Bukit Nanas
  • RM 2.50 – Medan Tuanku
  • RM 2.50 – Chow Kit
  • RM 2.50 – Titiwangsa

Kaedah pembayaran tambang

  • Token Perjalanan RapidKL
  • RapidPass
  • Touch N Go

Keretapi

KL Monorel menggunakan dua jenis trainset untuk perkhidmatannya, iaitu ALWEG 2-carriage monorail dan juga Scomi SUTRA 4-carriage monorail.

Perancangan masa hadapan

Trainset ALWEG akan tidak lagi digunakan apabila trainset Scomi SUTRA 4 gerabak digunakan sepenuhnya nanti.

Sumber

Satu pandangan di “KL Monorail”

  1. saya na tanyer stesen hang tuah ngn masjid albukhari tue jauh x?
    n bape tambang dari stesen hang tuah ke jalan imbi?

Komen telah ditutup.