AirAsia ialah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Malaysia. Saingan terdekatnya ialah Malaysia Airlines dan Firefly (sebuah syarikat penerbangan komuniti milik Malaysia Airlines). Kumpulan AirAsia menyediakan perkhidmatan penerbangan di lebih 400 destinasi di 25 buah negara. Terminal utamanya ialah LCCT KLIA. Sejak penubuhannya, pencapaian AirAsia sangat memberangsangkan. AirAsia juga dilihat banyak memberi kesan terhadap strategi pemasaran syarikat pesaingnya.
Hubungi AirAsia
- [Malaysia] 600 85 9999 – Premium Customer Service Line.
- [Indonesia] +62 21 2927 0999
- [Singapura] +65 630 77688
Nota: Berdasarkan pengalaman peribadi saya, untuk urusan tiket, saya tidak perlu menghubungi mereka menerusi nombor telefon ini. Cuba untuk elakkan kerana cajnya lebih mahal berbanding caj telefon biasa.
Maklumat fleet
Klik pautan ini: http://www.planespotters.net/Airline/AirAsia
Skybus
Untuk melengkapkan perkhidmatan penerbangan dan juga sebagai salah satu langkah memberi nilai tambah kepada penggunanya, AirAsia memperkenalkan perkhidmatan SkyBus, sebuah perkhidmatan bas secara shuttle dengan tambang yang amat berpatutan. Rujuk artikel ‘Skybus’ untuk maklumat lebih lanjut.
Sumber:
- Pengalaman pengguna (onetwenty)
- Laman web AirAsia
- Laman web Skybus
