AB Express

AB Express ialah salah sebuah syarikat pengusaha bas di Malaysia. AB Express terkenal dengan bas dua tingkatnya kerana syarikat ini merupakan antara syarikat pelopor pengangkutan menggunakan bas dua tingkat (double-decker) di Malaysia. Walaupun imejnya sedikit tercalar apabila berlaku satu kemalangan ngeri di Rawang beberapa tahun dahulu, namun syarikat bas ini masih lagi beroperasi hingga sekarang.

AB Express (Jitra)

  • Alamat: Kabin Kaunter Ab Express, Jln Jitra, Taman Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah
  • No. telefon: 04-917 5130

AB Express (Shahab Perdana, Kedah)

  • Terminal Bas Shahab Perdana, Jln Sultanah, 05150 Alor Setar, Kedah
  • 04-730 1130

AB Express (Kangar, Perlis)

  • Stesyen Bas Ekspress, Jln Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis
  • 04-977 9584

Reviu

oleh onetwenty

Saya pernah menggunakan perkhidmatan bas ini bagi perjalanan Kangar ke Shah Alam pada bulan Disember 2008.

Pembelian tiket agak mudah, iaitu melalui ejen tiket di Kangar dan kemudiannya saya telah diberikan tiket yang sebenar ketika di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar. Walau bagaimanapun, tiketnya tidaklah secantik tiket bas Plusliner.

Penumpang boleh meletakkan bagasi mereka di bahagian belakang bas. Keselesaan tempat duduk penumpang juga nampaknya diberikan keutamaan oleh AB Express. Kerusi-kerusinya boleh dikatakan lebih baik daripada kebanyakan bas Transnasional yang pernah saya naiki.

Pada harga RM 53.00, tidak banyak kelebihan yang anda dapat berbanding dengan bas Transnasional (juga konfigurasi 2+1) yang cuma berharga RM 45.00.

Konklusi: Reputasi syarikat bas yang kurang baik, dan juga harga daripada pesaing yang lebih berbaloi – lebih baik anda memilih perkhidmatan yang lebih tinggu mutunya.

5 Responses to AB Express

  1. kenapa bas ini tak mai parit buntar perak

  2. fauzan says:

    Saya tidak tahu mengapa bas itu tidak datang ke Parit Buntar, Perak. Mungkin saudara dapat mangajukan soalan ini terus kepada pihak pengurusan AB Express.

  3. kenapa tak ambil pekerja baru kat kuanter jual tiket itu

  4. Mohammed Awad says:

    I forgot my back bag in the AB Express bus in Putrajaya Central station during my trip from changloon to putrajaya central. The trip wan on last Thursday 10/11/2011, leaving from changloon at 10 pm and it arrived putrajaya central Friday morning, then, I forgot to take my back bag. May u help me leaving it at putrajaya central please because I live in cyberjaya. or how can i get it. Thank u for your kind help.

    H/p: 012 256 8602 Mohammed Awad

  5. acap says:

    bas ni pergi buterworth x. bas ni ada tv setia seat x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>