Berikut dipaparkan soalan lazim (Frequently Asked Questions atau FAQ) yang sering kali ditanya oleh pengguna LANDASAN.
- Adakah LANDASAN mempunyai sebarang kaitan dengan KTM Berhad? – Tidak sama sekali. LANDASAN merupakan sebuah laman web informasi yang ditulis oleh sekumpulan sukarelawan yang tidak dibayar oleh mana-mana pihak. Kami hanya menyediakan info, berasaskan sumber-sumber seperti internet, booklet, maklumat dari pegawai KTM Berhad dan juga pengalaman kami sendiri.
- Di mana saya boleh cari maklumat tambang tren KTM? – [BARU!] Anda kini dapat mendapatkan maklumat tambang KTM Intercity di pautan ini.
- Berapakah harga tambang tiket dari <nama stesen> ke <nama stesen>? – [BARU!] Anda kini dapat mendapatkan maklumat tambang KTM Intercity di pautan ini.
- Pukul berapakah tren dari <nama stesen> ke <nama stesen>? - Anda boleh melihat laman stesen di LANDASAN untuk jadual perjalanan. Contohnya, dari KL Sentral ke Arau. Anda boleh membuka laman KL Sentral dan Arau kemudiannya lihat servis tren yang manakah yang akan berhenti di kedua-dua stesen (contohnya Ekspres Langkawi)
- Saya telah menghubungi LANDASAN namun masih belum mendapat jawapan. – Anda berkemungkinan telah: mengemukakan soalan yang tidak berkaitan / mengemukakan soalan yang telah dijawab dalam laman “Soalan Lazim”. Untuk pengetahuan pembaca, pada masa sekarang LANDASAN hanya diselenggara oleh seorang pelajar sepenuh masa peringkat ijazah yang kini baru berusia 21 tahun. Oleh itu pihak LANDASAN tidak dapat memperuntukkan masa yang mencukupi untuk menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh pembaca sekalian.
Untuk soalan yang tiada di sini, anda bolehlah mengemukakannya di laman Hubungi LANDASAN.
boleh saya dapatkan tentang analisis swot ktmb?urgent..terima kasih..
saya tiada dokumen tersebut
saya sudah klik “pautan ini”…
tapi…. hasilnya
” Sumber fail PDF: “