KTMB gets a new chairman

This news article is taken from Utusan Online.

Ir. Mohd. Zin Pengerusi KTMB baru

16/11/2009 10:43am

KUALA LUMPUR 16 Nov. — Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantikan Tan Sri Lim Ah Lek berkuatkuasa 1 Oktober lepas.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat KTMB hari ini, pelantikan itu dibuat Kementerian Kewangan untuk tempoh dua tahun.

Mohd. Zin yang juga Anggota Parlimen Sepang, Selangor, pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam syarikat-syarikat terkemuka di negara ini termasuk anggota Lembaga Pengarah untuk Perbadanan Putrajaya dan Telekom Malaysia Berhad.

Beliau memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan awam peringkat sarjana dari Universiti Bradley, Peoria, Amerika Syarikat dan jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia selain Ahli Persatuan Jurutera Awam Amerika Syarikat.

Penglibatan politik beliau bermula pada 1986 dan dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk penggal kedua dan Ketua UMNO Bahagian Sepang sejak 2004 selain menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC).

Mohd. Zin merupakan Presiden Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya dari 2004 hingga 2008. – Bernama

I would like to congratulate Datuk Seri for his appointment as the new KTMB Chairman. Eh, why KTMB frequently changes its chairman? KTMB is in the midst of transformation now, and I believe they are doing their best in order to give the company a brighter future. In my opinion, frequent changing of a leader is not really a good practice.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *